[Sepatah Dua Kata]
Pengerusi majlis : 'Saya dengan ini ingin menjemput tetamu kehormat untuk naik ke pentas memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan'
Maka tetamu kehormat naik ke atas pentas dan mendekati Mic;
Tetamu Kehormat : "Assalamualaikum. Terima Kasih"
Lalu tetamu kehormat turun dari pentas dan duduk semula di kerusinya. Pengerusi majlis serta semua hadirin terkaku dengan apa yang terjadi. Kenapa beliau hanya mengucapkan "Assalamualaikum. Terima Kasih"
-----------------------------------------------------------------------------
Tetamu kehormat itu hanya berkata "Assalamualaikum. Terima Kasih" kerana dia mengambil secara literal apa yang pengerusi majlis sampaikan iaitu untuk menyampaikan sepatah dua kata. Sepatah + dua patah = tiga patah perkataan.
Kalau orang lain mungkin akan memahami sepatah dua kata dari sudut yang lain iaitu memberikan ucapan. Tak usah berbalah adakah tetamu kehormat itu salah kerana menjadi literalis ataupun orang lain yang memahami sepatah dua kata sebagai ucapan kerana masing-masing ada dalil untuk menyokongnya.
{[:-p